Thursday, December 9, 2010

SOALAN SPM : KERTAS 2 PSV 2010

Berikut soalan PSV kertas 2, 2010. Nampaknya agak mudah tahun ini. Soalan mana yang anda pilih? Diskusi tentang soalan-soalan ini di facebook link
1. Anda sedang menyaksikan satu perlawanan bolasepak di padang sekolah. 
Lukis dari jarak dekat aksi beberapa pemain bola sepak dengan memberi penekanan kepada bentuk figura
2. Anda telah melawat ke kedai ikan hiasan. Anda terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi seekor ikan laga dalam sebuah balang kaca. 
Gambarkan aksi seekor ikan laga dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan pergerakan.
3. Di sebuah gerai kelihatan seorang penjual sedang membetulkan susunan tanda harga barang jualannya yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, udang dan sotong. 
Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan.
4. Dalam sebuah hutan kelihatan seekor haiwan aneh sedang bertindak dengan cemas untuk melepaskan diri daripada cengkaman tumbuh-tumbuhan ganjil. 
Lukis situasi ini mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi.
5. Di atas sebuah meja solek kelihatan minyak wangi, bedak, gincu, minyak rambut, sikat dan barang lain yang digunakan untuk perhiasan diri.
Lukis barang-barang perhiasan diri tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.
6. Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran matahari. 
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.
Dicatat Oleh: Maikol Yapat

Tuesday, August 24, 2010

Tips Nak Jadi Yang Cemerlang


Untuk menjadi seorang pelajar yg cemerlang,
apa yang perlu anda lakukan?
ikutilah petua-petua dibawah ini..
a) kita ingat 10% apayang dibaca
b)
kita ingat 20% apa yang didengar
c)
kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d)
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e)
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari
  
atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
3. Belajar dalam persekitaran kondusif, baik, sesuai
a)
pastikan cahaya adalah terang
b)
kurangkan gangguan bunyi
c)
tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d)
tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e)
kerusi dan meja menghadap kiblat
f)
jangan lupa untuk senyum
4. Tidak ponteng kelasKalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan
6. Tahu teknik merangsang memori: (fokus)
a)
memasukkan maklumat dalan memori
b) menyimpan maklumat dalam sel memori
c) mengingat kembali
  1. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b)
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c)
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan
8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru
10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b)
membrika tumpuan sepanuhnya
c)
menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d)
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Berjeda, rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18.
Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa
22. Tahu petua mengulang kaji
a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b)
siapkan semua ?Bekalan? Dengan sempurna
c)
duduk tegak dikerusi yang selesa
d)
baca doa penerang hati
e)
baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f)
fikir dan ingat kembali isi utamag) catat / lakarh) semak semula ketepatan maklumati) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j)
buat rumusan) jawab soalanl) tampal maklumat yang rumit di dinding) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23.
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a) jangan makan kepala ikan
b)
jangan makan organ dalaman
c)
jangan minum semasa makan
d)
jangan minum atau makan makan yang tercemar oleh semut
e)
janganmelihat kemaluan
f)
jangan melihat buih
g)
jangan membaca nama pada batu nisan
h)
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-laini) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j)
banyakkan makan kekacang
k)
pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l)
jangan makan sehingga terlalu kenyang
m)
jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a) tampal nota-nota penting di dinding
b)
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c)
gunakan kaedah akronim
d)
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e)
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar
a) mempunyai jadual belajar
b)
patuh kepada jadual
c)
buat jadual yang boleh diikuti
27.
Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya
  1. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    a)
    taat kepada Allah
    b)
    mendirikan sembahyang
    c)
    menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
    d)
    hormati & sayangi guru
    e)
    bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
    f)
    suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
    g)
    membantu rakan yang memerlukan
    h)
    berdoa dan bersyukur kepada Allahi ) sentiasa bertawakal
    j)
    mahir dalam setiap mata pelajaran